
BINAAN MASJID AL MUHAMMADI LONDON
“Barangsiapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik (ikhlas) maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”
(Al Baqarah: 245)
Pada 2021, dilaporkan kira-kira 1,318,755 umat Islam di Kawasan utama London. Menurut Pejabat Statistik Kebangsaan, populasi rakyat Muslim di London meningkat Islam 15 peratus (%) menjadikan Islam agama kedua terbesar di London selepas Kristian. Islam adalah agama kedua terbesar di United Kingdom dengan 2,400,000 atau 4% jumlah penduduk.
Masjid menjadi keutamaan dan untuk umat Islam dan dianggarkan terdapat kira-kira 2,000 masjid dan tempat solat di United Kingdom untuk 4.1 juta rakyat Muslim atau 6.3 % daripada populasi United Kingdom.
Daripada jumlah itu, kira-kira 1,500 masjid terletak di London setakat 2016. Masjid ini daripada di rumah di Kawasan penduduk hingga lah ke masjid besar yang dibina seperti Masjid Regents Park London.
United Kingdom khususnya London adalah ibu kota popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Populasi orang Malaysia di United Kingdom ialah rakyat Malaysia yang mempunyai keturunan Malaysia dengan separuh atau sepenuhnya dan rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom.
Melihat kepada keperluan itu, As Sofa kembali mengorak langkah untuk membuka kembali operasi dengan pembukaan untuk Masjid Al Muhammadi, di bangunan No 9, Golders Green, London.
Masjid ini akan menjadi tempat perkumpulan komuniti Melayu terbesar di benua Eropah sekaligus tempat penyatuan pemikiran, aqidah, mazhad dan lain-lain lagi.
Ini lah perjuangan As Sofa, yang patut dibanggakan dan mendapat sokongan semua pihak terutama rakyat Malaysia untuk memastikan kelangsungan dakwah As Sofa di bumi Eropah berkembang pesat.
Sehubungan itu, kami ingin mengajak anda untuk menjadi sebahagian daripada penyambung dakwah dan kebajikan bersama As Sofa.
Semoga Allah mengurniakan pahala hingga ke syurga penyumbang sebagaimana derasnya air sungai yang mengalir.