Infaq Karpet Tahfiz

GANJARAN WAQAF HINGGA AKHIRAT
Barangkali segelintir dalam kalangan kita merasakan waqaf karpet ini biasa-biasa sahaja. Tetapi sebenarnya kuasa waqaf ini hasilnya hingga akhirat.
Bayangkan seorang al-hafiz yang menuntut ilmu di Tahfiz As Sofa dan duduk menghafaz al-Quran hampir setiap masa selain bersolat dan belajar di atas hamparan permaidani yang kita waqaf atas nama kita. Kemudian tiba suatu masa dia menyebarkan setiap pengetahuannya kepada masyarakat, maka selagi mana ilmu itu dikongsikan dan terus dikongsikan selagi itulah pahala jariah kita takkan putus.
Masya-Allah, inilah kehebatan kuasa sedekah dan waqaf. Inilah tabung akhirat kita.