Khatam Al Quran As Sofa

KHATAM AL QURAN BERSAMA AS SOFA
HADIAHKAN PAHALA KHATAM AL QURAN BUAT TERSAYANG
Anda igin menghadiahkan pemberian terbaik
dunia akhirat buat tersayang?
Yayasan Sofa bersama tahfiz as Sofa berbesar hati menjemput anda untuk menyertai program Khatam al Quran sepanjang Rejab, Sya'ban dan Ramadan (RSR)dengan menghadiahkan pahala bacaan khatam 30 juzuk buat insan tersayang.
Program khatam al-Quran Rejab, Sya'ban dan Ramadan (RSR) ini mendapat sambutan ramai terutama apabila menjelangnya bulan Ramadan. Justeru, Yayasan Sofa sekali lagi mengadakan program ini khusus untuk umat Islam yang ingin menghadiahkan pahala kepada ibu bapa, ahli keluarga, pasangan dan mereka yang disayangi.
Pelaksanaan khatam al-Quran ini diadakan di Maahad Tahfiz As Sofa atau dilakukan secara live menerusi aplikasi zoom. Sementara itu, pengkhataman akan diadakan pada 10 malam terakhir Ramadan. Bagi setiap penyertaan, anda boleh salurkan infaq RM30 bagi setiap nama di mana infaq tersebut akan disalurkan kepada pembangunan Maahad Tahfiz dan Turath As Sofa (MATTAS), Rembau.
Hanya 50,000 penyertaan dibuka pada tahun ini.
KEISTIMEWAAN KHATAM AL QURAN BERSAMA AS SOFA
➡️ Bacaan 30 juzuk al Quran buat insan tersayang
➡️ Akan dibacakan oleh pelajar tahfiz As Sofa di Seluruh Malaysia
➡️ Nama-nama arwah dibacakan satu persatu
➡️ Infaq akan disalurkan ke pembangunan MATTAS
Jom, hantarkan penyertaan hari ini.


