WAQAF PEMBESARAN DAN BAIKPULIH BANGUNAN SURAU JUMAAT KOLEJ ASSOFA

WAQAF PEMBESARAN DAN BAIKPULIH SURAU BANGUNAN JUMAAT KOLEJ ISLAM AS SOFA
TERKINI!!!
PEMASANGAN KARPET SURAU KOLEJ ISLAM AS SOFA
ALHAMDULILAH, setelah 2 bulan proses pembesaran dan baikpulih Surau Jumaat Kolej Islam As Sofa dijalankan, kerja-kerja kini hampir memasuki fasa kedua.
Pihak surau kini membuka peluang kepada orang ramai untuk berwaqaf bagi pembelian dan pemasangan karpet di Surau Jumaat ini.
▶️ Keluasan: 6,956 sf
▶️ RM23 per/sf
▶️ 1 lot: RM50 (2.1 sf)
Kos diperlukan: RM165,600.00
Sempena 10 akhir Ramadhan ini, jom kita gandakan amalan dengan saham akhirat berkekalan.
Pekembangan Surau Jumaat Kolej Islam As Sofa-
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT, penantian ratusan pelajar dan penduduk setempat untuk mendirikan Solat Jumaat di Surau Kolej Islam As Sofa, Ampang akhirnya terlaksana.
Ia setelah surau ini telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan Jabatan Agama Islam Selangor untuk didirikan Solat Jumaat pada 9 Feb 2024 lalu.
Suatu manfaat kepada seluruh penduduk sekitar untuk beribadah khususnya Solat Jumaat dan menuntut ilmu melalui kelas pengajian yang disusun di sini.
Namun, melihat kepada kepadatan penduduk setempat, surau ini tidak mampu menampung jemaah sedia ada.
JARIAH BERKEKALAN
Demi keselesaan ahli ibadah, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama mengambil peluang dalam proses pembesaran surau ini yang melibatkan;
▶️ Naik taraf surau
▶️ Membina tandas
▶️ Tempat wuduk
▶️ Pemasangan karpet
▶️ Pembesar suara
▶️ Mihrab
Ayuh tuan puan, kita tanamkan SAHAM AKHIRAT berkekalan kita di Taman Syurga ini.
https://youtu.be/VmZve32uYxM
Semoga ia menerangi mahligai kita di syurga kelak.